Bismillahirrahmanirrahim
Kepada ibubapa/penjaga yang dihormati.
Berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pembelajaran atas talian dan yuran.
- Adakah Rskkids Pre-school (Tadika Rumah Si Kecil, Seremban & Tadika Rumah Si Kecil Pintar, Shah Alam) tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020?
Ya. Penutupan semua taska, tadika, sekolah kerajaan dan swasta tertakluk dalam perintah tersebut. Tadika Rumah Si Kecil/Pintar berdaftar dibawah unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan/Selangor.
- Apakah tindakan pihak tadika selepas pengumuman PKP?
Pihak pengurusan tadika mengeluarkan notis penutupan tadika bertarikh 17 Mac 2020. Penutupan tadika berkuatkuasa pada hari Rabu 18 Mac sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Tertakluk kepada pengumuman PKP dari masa ke semasa
- Apakah fokus utama Rskkids sejurus selepas pengumuman PKP?
Pihak Standard & Performance Rskkids mula merancang dan seterusnya mewujudkan Rskkids Home Learning di platform atas talian Google Classroom yang mula digunakan pada 23 Mac 2020.
Guru bekerja dari rumah membuat persiapan bahan untuk platform tersebut.
- Adakah yuran bulan Mac perlu dibayar penuh?
Ya. Kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan pihak pengurusan Rskkids. Yuran perlu dibayar penuh bagi menampung kos standard seperti gaji guru, kos sewa permis dan operasi pad bulan Mac.
Setinggi penghargaan kepada Ibubapa yang telah menjelaskan yuran awal sebelum 7 hb setiap bulan.
Kepada ibubapa/penjaga yang masih belum menjelaskan yuran Mac, sila jelaskan dengan jumlah bayaran penuh.
- Apakah hari persekolahan yang tertinggal akan diganti?
Ya. Rsk akan mengadakan program khas dan intensif diwaktu cuti sekolah/sekolah gantian mengikut hari persekolahan yang tertinggal disebabkan PKP (April 2020). Hari gantian kelak akan mengikut pakej asal yang diambil. (Half day/Full Day)
Tarikh dan maklumat lanjut berkenaan sekolah gantian semasa cuti sekolah akan diumumkan kemudian (selepas tempoh PKP tamat).
Kelas perlu diganti bagi memastikan si kecil tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka.
Jika Ibubapa telah menjelaskan bayaran yuran April, secara automatik si kecil tuan/puan dijadualkan ke kelas gantian/program khas dan intensif kami nanti.
- Bagaimana dengan yuran bulan April sekiranya PKP dilanjutkan?
Ibubapa/penjaga boleh membayar yuran seperti biasa. Kelas gantian/Program khas dan intensif akan dijalankan berdasarkan jumlah hari persekolahan yang tertinggal mengikut tarikh PKP yang dilanjutkan. Program Rskkids Home Learning akan diteruskan.
Kepada Ibubapa yang mengambil pakej full day, kelonggaran boleh diberikan dengan membuat pembayaran half day dahulu. Baki boleh dijelaskan sebelum tarikh gantian, jika masih memerlukan khidmat jagaan petang semasa tarikh gantian kelak.
Ibubapa yang berkenaan, mohon maklumkan kepada pengetua tadika bagi proses mengubah invois yang telah dikeluarkan (April 2020).
- Saya ada kesulitan menjelaskan yuran anak saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Terus berhubung dengan pihak pengurusan tadika bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian secara bersama.
Dalam situasi sebegini, kesulitan yang dialami amat difahami dan pihak pengurusan akan mencari jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
- Bagaimana jika PKP diteruskan pada bulan Mei dan seterusnya?
Sekiranya PKP dilanjutkan pada bulan Mei dan seterusnya, Rsk tidak lagi mengganti hari persekolahan yang tertinggal.
Pengurusan Rsk sudah pun memohon subsidi upah dari PERKESO bagi menampung sebahagian kos gaji kakitangan kami. In syaa Allah, jika diluluskan kos operasi tadika dijangka akan dapat dikurangkan. Dengan pengurangan tersebut, pengurusan bercadang mengenakan yuran secara flat rate.
Yuran ini akan menampung baki upah gaji guru, kos operasi yang lain dan perkhidmatan penyediaan Online Home Learning.
Selain meneruskan perkhidmatan pembelajaran atas talian di rumah di platform Google Classroom, sesi pembelajaran secara live juga akan dijalankan secara berkumpulan dan individu (One to one session) khasnya untuk sesi membaca/reading.
Jika PKP memberi kelonggaran kepada kakitangan Rsk untuk bekerja di tadika tanpa murid (sesi persekolahan masih tidak dibenarkan), pengurusan akan mengambil langkah pro-aktif menyediakan bahan pembelajaran di tadika dan dipost/dihantar untuk kegunaan pembelajaran di rumah.
- Bagaimana cara pembayaran yuran semasa PKP?
Pembayaran/semak yuran di atas talian melalui fpx di website my12.awfatech.com/rumahsikecil
Nota: Jika data yuran di dalam invois tidak tepat, sila maklumkan pihak pengurusan untuk dikemaskini.
Online transfer (slip pembayaran) dihantar ke pengetua
Pembayaran secara tunai tidak digalakkan.
- Bagaimana dengan takwim Rskkids sepanjang PKP seperti RskGames, Hari perjumpaan Ibubapa dan guru dan lain-lain?
Aktiviti Takwim sepanjang PKP akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Ia akan hanya ditetapkan setelah PKP ditamatkan dan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan KKM/KPM kelak.
Takwim penuh sepanjang tahun boleh diakses di atas talian
my12.awfatech.com/rumahsikecil
Laporan perkembangan si kecil (setakat Mac 2020) juga boleh di akses di atas talian pada pautan yang sama seperti di atas.
- Apakah langkah pihak pengurusan tadika ambil jika PKP ditamatkan dan si kecil sudah mula bersekolah?
Segala langkah pro aktif akan diambil oleh pihak pengurusan Rskkids berdasarkan garis panduan/Prosedur Kawalan Penyakit yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia jika dibenarkan beroperasi.
Saringan ketat akan dilakukan setiap pagi. Si kecil yang ada symptom seperti batuk atau selsema tidak dibenarkan bersekolah.
Pengurusan Rsk juga akan merangka satu akur janji dikalangan Ibubapa dalam memastikan si kecil yang ingin bersekolah, dikuarantin di rumah sepanjang waktu persekolahan. Dengan hanya berada di rumah dan ditadika, diharapkan dapat meminimakan risiko jangkitan.
Langkah pembasmian dan nyahkuman oleh guru akan dilakukan dengan kerap. Jika perlu, khidmat luar (disinsfection) akan dilakukan secara berkala.
12. Bagaimana sesi pembelajaran atas talian (Online Home Learning) dilaksanakan?
-
-
- Bahan dan rancangan pembelajaran disediakan oleh guru tadika melalui platform Google Classroom. Ibubapa/penjaga boleh merujuk atau memuat turun bahan pembelajaran secara terus.
-
Minima 4 atau lebih modul pembelajaran disediakan setiap hari (Isnin-Jumaat). Ibubapa hanya perlu klik pada ‘Classwork’ dan kemudian mencari tarikh semasa untuk memulakan sesi pembelajaran.
Ibubapa/penjaga perlu memuat turun aplikasi Google Classroom ke telefon pintar anda. Kode kelas boleh diperolehi dari guru kelas si kecil. Pada yang menggunakan desktop/laptop layari https://classroom.google.com

-
-
- Sesi Live Berkumpulan akan dijalankan berdasarkan keperluan. Ia dijalankan secara serentak untuk sesi perbualan pagi, bercerita, ujikaji dan lain-lain. Jika resepsi internet kurang memuaskan, guru akan merekodkan dan dikongsi di group whatsapp tadika.
-
-
-
- Sesi pembelajaran Inividu (One to One session) akan dijalankan untuk pembelajaran tertentu seperti sesi membaca, reading atau menulis. Walaubagaimanapun, bagi penjimatan masa untuk saiz kelas yang besar, 2-3 orang si kecil dibenarkan pada sesi live ini. Guru bebas memilih medium (apps) yang bersesuaian untuk menjalankan sesi berdasarkan keperluan masing-masing. Jadual sesi ini akan dimaklumkan guru kelas si kecil anda.
-
-
-
- Perkembangan Si Kecil (Progress Report). Untuk sesi pembelajaran atas talian khasnya untuk kelas membaca/reading, guru akan merekodkan perkembangan si kecil. Ibubapa/penjaga boleh menghubungi terus guru kelas si kecil anda jika ingin mengetahui perkembangan si kecil. Ibubapa/penjaga juga digalakkan membuat pemerhatian secara terus semasa sesi pembelajaran tersebut dijalankan.
-
-
-
- Ibubapa diharapkan dapat membina suasana kondusif dengan menyediakan ruang pembelajaran yang bersesuaian dan menepati langkah-langkah yang tersenarai di dalam poster di bawah.
-
Nota: Berkenaan peraturan pemakaian, bukanlah bertujuan untuk memberi kesulitan kepada Ibubapa tetapi lebih kepada mewujudkan kesediaan untuk belajar dan rutin yang sihat (keterampilan diri) dalam diri si kecil. Ia merupakan elemen penting dalam proses pembangunan sahsiah pendidikan awal kanak-kanak.
Diharapkan soalan-soalan lazim di atas dapat menjawab segala persoalan ibubapa berkaitan PKP. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan dan bersyukur kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari ibubapa sepanjang PKP ini dilaksanakan.
Peranan, sokongan dan pembayaran yuran dari Ibubapa/penjaga amatlah penting bagi Rskkids meneruskan agenda pembelajaran si kecil tuan/puan semasa dan selepas PKP. Ucapan terima kasih atas segala kerjasama yang telah tuan/puan berikan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau cadangan penambahbaikan perkhidmatan boleh diajukan kepada kami seperti tertera di bahagian bawah.
PIHAK PENGURUSAN RSKKIDS
Tadika Rumah Si Kecil (Casurina)
Bonda Juli 019 3789937
Tadika Rumah Si Kecil Pintar (Shah Alam)
Cik Fatin 012 6570061
Nota : FAQ ini disediakan dalam Bahasa Melayu bagi memastikan semua Ibubapa/penjaga memahami nya dan memperoleh maklumat dengan jelas dan tepat.