Rumah Merah Juara RsK Jungle Games 2014

RsK Jungle Games 2014
Si kecil dari rumah Merah meraikan kemenangan

Rumah Merah akhirnya berjaya merampas dominasi Rumah Biru yang menjuarai  RsK games tiga tahun berturut-turut sebelum ini. EMAS untuk pasukan Rumah MERAH!

“Saya tak jangka langsung kami akan menang ..kami hanya buat yang terbaik” kata Teacher Nor Hafizah Jaafar, guru pasukan rumah Merah bila ditanya perasaan beliau bila Rumah Merah diumumkan juara. Beliau turut dibantu oleh Teacher Hajar bagi melatih si kecil Rumah Merah membuat persiapan RsK Jungle Games.

Rumah Biru menduduki tempat kedua (PERAK) diikuti Rumah Kuning ditempat ketiga (GANGSA). Setiap si kecil diberi pingat mengikut kedudukan kemenangan pasukan masing-masing.

RsK Jungle Games 02
Piala Pusingan RsK Games

“Objektif utama ialah untuk memberi pendedahan tentang sukan kepada setiap si kecil. Saya rasa semua telah mencapai objektif tersebut. Kemenangan ialah satu bonus” tambahnya lagi.

RsK Games menggunakan  sistem mata. Setiap acara yang dipertandingkan menawarkan mata tertentu mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga. Mata-mata tersebut dikumpulkan untuk menentukan juara keseluruhan. Yang menariknya, acara yang disertai Ibu dan bapa turut menyumbang mata bagi membantu si kecil memperbaiki kedudukan mata.

Mata dirahsiakan bagi memberikan elemen kejutan kepada semua.

RSK Jungle Games 2014
Berkongsi kemenangan

Pihak pengurusan RsK mewajibkan setiap si kecil sekurang-kurangnya disenaraikan untuk menyertai dua acara sukan. “Jika hanya berdasarkan kepada kebolehan bersukan semata-mata, atau hanya untuk menang ..sudah tentu objektif utama iaitu bagi setiap si kecil didedahkan dengan sukan tidak akan tercapai” jelas Pengetua RsK, Puan Juli Suriani Abd Jalil.

Tahun ini buat kali pertamanya, satu tema ditetapkan untuk acara sukan. Tema yang bertepatan dengan minat kanak-kanak dilihat mampu memeriahkan selain memberi pendekatan unik.

RsK Jungle Games 2014
Pakaian menepati tema ‘Jungle Games’

Tema yang dipilih ialah ‘Jungle Games’. Semua acara sukan yang dipertandingkan dikaitkan dengan haiwan dan alam semula jadi. Antaranya ialah lari dengan cengkerang kura-kura, lompat katak, lompat kangaroo dan bermacam-macam lagi. Pentas dan kawasan fokus tertentu turut dihias dengan tumbuh-tumbuhan dan belon berwarna hijau bagi memberi suasana hutan.

Tahniah diucapkan kepada semua bagi menjayakan RsK Jungle Games kali ini. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan.

Nota: Album penuh RsK Jungle Games boleh diakses oleh Ibubapa melalui group FB khas untuk Ibubapa berdaftar.

Published by Admin Ray

Manager & Co Founder of Deluqies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: