Events, News, Programmes

Riang Ria Aidilfitri RsK

Sudah menjadi tradisi RsK setiap tahun, kakitangan dan si kecil berkumpul beramai-ramai bagi menyambut Aidilfitri bersama-sama.

Raya RsK 2014 1

Majlis serba ringkas tetapi meriah diadakan berkonsepkan ‘pot luck’ di mana juadah Aidilfitri dibawa oleh semua untuk dikongsi bersama.

DSC_0102

Selain menikmati juadah dan biskut raya, sesi bergambar dan bermaaf-maafan diselit bagi menambah kemeriahan sedia ada. Duit raya juga turut diberikan disertai dengan nasihat bagi membudayakan amalan menabung dan berjimat cermat.

DSC_0005

Pihak RsK ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibubapa RsK atas juadah yang dikongsi bersama. Yang pasti, si kecil semuanya gembira dan seronok beraya bersama guru dan rakan sekolah mereka.

DSC_0172

Program tersebut pastinya bakal menjadi kenangan terindah bagi si kecil kelak.

Pihak pengurusan RsK juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan dan keluarga besar RsK. Maaf zahir batin…

Nota: Ibubapa yang berdaftar dengan RsK boleh melihat gambar-gambar (album penuh) yang diambil di group FB http://www.facebook.com/groups/rumahsikecil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s