Lakunan Si Kecil RsK Cuit Hati Penonton

Watak-watak seperti Bawang Putih, Bawang Merah, Hang Tuah, Hang Jebat dalam literasi Melayu adalah watak-watak yang tidak asing lagi bagi kita semua.

Watak-watak ini digabungkan dan terhasillah sebuah karya hasil nukilan dan arahan guru RsK, Teacher Rahayu dan Teacher Nor Hafizah  untuk tatapan penonton semasa Konsert RsK yang berlangsung pagi tadi di Dewan Pavilion LPPKN Seremban 2.

Persembahan teater  selama lebih kurang 10 minit itu berjaya mencuit hati penonton yang hadir.

Bawang Merah

Ia merupakan sebahagian persembahan dalam segmen kedua Konsert dengan tema “Pada Suatu Hari” yang melibatkan elemen penceritaan dalam nyanyian, tarian dan lakunan yang digabungkan dalam bentuk persembahan teater.

Antara  babak yang mencuri perhatian ialah babak ketika watak Bawang Putih menyanyi di atas buai, babak ibu tiri bersama Bawang Merah memarahi Bawang Putih, babak Hang Jebat bersenang lenang di istana raja bersama dayang-dayang dan babak pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.

Hang Jebat Derhaka

Puan Lyn Abdul Rahman, Ibu kepada Nur Aleeya Syakira yang melakunkan watak ibu tiri menyatakan perasaan terharunya di FB RSK kerana sama sekali tidak menyangka anaknya mampu beraksi seperti itu.

Saya terharu kat majlis graduasi, anak saya Nur Aleeya Syakira dah macam primadona.. Jadi mak tiri,menari & boleh bersyair.. Juga anak2 kecil lain sangat berbakat setelah digilap oleh pendidik RsK.Terima kasih sekali lagi

Barisan pelakun Bawang Putih Bawang Merah

Memetik kata-kata salah seorang penonton di FB RsK, Mohammad Fareeze …

Thank you RSK for the performance.Thats was so great.
My favourite scene is panglima lima bersaudara hang tuah jebat lukuk lekui lekus…Yeah!

Jebat Beraksi

Menurut Teacher Rahayu, ia adalah karya yang dekat di hati orang melayu dan ia mudah menarik perhatian penonton. Ditambah pula dengan aksi si kecil yang bersahaja menjadikan ia satu tontonan yang mudah mencuit hati.

Teacher Roszi selaku guru kanan yang memantau persembahan RsK pula melafazkan rasa syukur kerana semua persembahan dapat diterima baik dan menghiburkan penonton. Ia adalah idea yang dicetuskan oleh pihak pengurusan, berkat usaha guru-guru dan latihan berterusan si kecil beberapa bulan sebelum majlis ini.

 

Video majlis akan di muat turun di laman saluran youtube RsK secara berperingkat untuk tontonan semua.

http://www.youtube.com/rumahsikecil

Photo Credit to Shafiq Noh & Students from Giat Mara Kepong

Published by Admin Ray

Manager & Co Founder of Deluqies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: