Keseronakan Eksplorasi Dunia KidZania

RsK KidZania 2015

Bersempena minggu tema pekerjaan, Tadika Rumah Si Kecil menganjurkan lawatan eksplorasi dunia Kidzania pada 12 Mac 2015.

DSC_0114

Platform KidZania berasaskan realiti adalah efektif, menyeronokkan dan popular, terus menjadi pilihan pihak pengurusan RsKkids dan menjadikannya salah satu daripada program tahunan yang diwajibkan penyertaannya. Tahun 2015 ialah lawatan kali ke 3 tadika ke Kidzania sejak ia mula dibuka pada tahun 2012..

DSC_0028

Dalam dunia teknologi masakini dimana si kecil terlalu didedahkan dengan gajet-gajet canggih sebagai telefon pintar, bahan mainan berkomputer, lawatan ini mampu memberi alternatif dan kesan yang lebih positif dari segi pergaulan, keyakinan diri dan minat. Aktiviti-aktiviti interaktif ini memberi pendedahan berterusan kepada pengunjung cilik merasai pengalaman didik hibur baru dan karier sebenar.

DSC_0014

KidZania Kuala Lumpur membolehkan si kecil merasai lebih 100 pilihan karier.Uniknya juga, si kecil diberi peluang untuk melakukan aktiviti bersendirian tanpa campurtangan guru atau ibubapa. Kanak-kanak boleh meraih pendapatan mereka dengan bekerja di dalam KidZania !

DSC_0030

 

Published by Admin Ray

Manager & Co Founder of Deluqies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: