Setelah menunggu 10 tahun lamanya, kejuaraan RsKGames pada tahun ini milik Rumah Kuning. Kali terakhir rumah kuning menjuarai RsK Games ialah pada tahun 2005.
“Pada awal acara sukan, jelas sekali kami ketinggalan..tapi Alhamdulillah bangkit semula dalam beberapa acara terakhir” jelas Teacher Roszi selaku guru sukan rumah kuning. “Ini pengalaman pertama saya, walaupun letih saya berasa puas…si kecil semua gembira. Yang pasti rumah Merah ialah satu pasukan yang kuat yang sukar dikalahkan” jelas Teacher Meena yang baru menyertai RsK Mac yang lalu.
En Rozamzee bapa kepada Rayyan nyata gembira kerana pasukan anaknya memenangi RsKGames. “Saya tak harapkan apa-apa, cuma kegembiraan anak saya untuk merasai nikmat bersukan..menjadi juara ialah bonus. Tahniah guru-guru dan warga pendidik RsK”.
En Noor Sham selaku pengurus program dan aturcara RsK menyatakan rasa puas hatinya dengan kelancaran acara sukan kali ini. Menurutnya lagi, acara yang menarik, ringkas, meriah dan menepati masa menjadi agenda utama pihak pengurusan kali ini.
Turut menarik perhatian RsKGames pada kali ini ialah segmen khas hari guru dimana wakil si kecil mendeklamasikan sajak hari guru, nukilan guru seni RsK Teacher Megat, diikuti dengan nyanyian lagu “Terima Kasih Cikgu” oleh si kecil RsK. Pihak pengurusan turut memberi cenderamata pada guru-guru RsK sebagai tanda ingatan.
Tahniah semua kerana menjayakan RsKGames 2015.
Galleri penuh gambar sukan boleh dilihat di group FB RsK – Parent Teacher Group.