Rskkids sertai Simulasi Haji Cilik 2016

14203252_1299794330053602_3430183536252299343_n

Si kecil Rskkids adalah antara ribuan kanak-kanak tadika Malaysia yang berpeluang menyertai Program Simulasi Haji Cilik yang dianjurkan serentak seluruh negeri oleh Persatuan Tadika Islam Malaysa (PERTIM), hari ini.

14289827_322859684731818_5568727125418791826_o

Di Shah Alam, RskPintar  yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam juga turut serta, walaupun ini merupakan tahun pertama Rskkids beroperasi. “Ibubapa memberikan sokongan penuh untuk kami menyertai program ini dan si kecil sangat teruja untuk menyertainya” jelas Teacher Fatin Filzah Safwah.

14199631_322862001398253_7770598531563512162_n

“Program ini membolehkan saya dan si kecil merasai suasana ketika menunaikan ibadah haji menerusi pendidikan secara tidak formal. Si kecil tidak mengadu penat malah terus teruja sehingga ke saat akhir program” tambahnya lagi.

14231995_322860358065084_6489941349605078101_o

Seramai 27 si kecil dari Rskkids RskUtama & RskPrima antara 50 tadika swasta yang menyertai program Simulasi Haji Cilik di Negeri Sembilan yang julung kali dianjurkan. Menurut En Abdul Rahman Abd. Jalil, Pengurus Operasi Rskkids, program ini mendapat sambutan luar biasa Ibubapa yang ternyata sangat teruja melebihi si kecil rskkids sendiri. Pihak penganjur menghadkan seramai antara 20 ke 30 orang sahaja dalam satu kumpulan. Bersetuju dengan had tersebut, ia juga bertujuan untuk kawal selia dan tumpuan yang lebih fokus kepada si kecil bagi melaksanakan simulasi dengan lebih efektif.

14264108_1299794956720206_1264432177004192515_n

“Guru-guru telah mewujudkan ‘lesson plan’ yang menarik di tadika sebagai persediaan bakal-bakal haji.  Lesson Plan ini turut melibatkan si kecil lain, walaupun mereka tidak menyertai program secara rasmi” jelas En Abdul Rahman lagi.

Dalam program yang mengambil masa dua jam itu, kanak-kanak yang lengkap berpakaian ihram didedahkan kepada pergerakan rukun haji seperti wukuf, melontar jamrah, saie dan tahalul serta simulasi korban.

14291774_1299804030052632_7060327259432166818_n

 

Photo Credit

Adam Arjuna & Moribayu

 

Published by Admin Ray

Manager & Co Founder of Deluqies

One thought on “Rskkids sertai Simulasi Haji Cilik 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: