Raya Yang Dirindui

Raya Yang Dirindui

ialah sebuah projek khas Tadika Rumah Si Kecil Pintar (RskPintar) Seksyen 7, Shah Alam dalam usaha membawa, memperkenalkan dan mengimbau kenangan hari raya di kampung halaman bersama sanak saudara. Berkonsepkan ‘role play’ dan ‘photoshoot’ si kecil mengikut tahap umur diberikan suasana Syawal dalam 3 situasi iaitu Menjelang Syawal, Persediaan Juadah Aidilfitri (REWANG) & Pagi 1 Syawal. Selain daripada mengimbau kenangan, projek ini juga bakal menjadi sumber/bahan rujukan pembelajaran si kecil di masa akan datang.

Ibubapa digalakkan untuk melihat gambar ini bersama si kecil dan berinteraksilah mengunakan pengalaman sendiri dengan si kecil anda berdasarkan situasi dalam gambar tersebut. Ibubapa juga boleh membuat Projek sendiri dengan mengambil gambar versi raya sebenar yang dilalui bersama keluarga sepanjang perayaan kelak. Kongsi gambar berkenaan di media sosial dengan hashtag #rskraya2021 untuk tatapan warga rskkids yang lain.

Terima kasih kepada Team RskPintar atas initiatif kreatif ini dan juga kepada Arjuna Creative Media kerana melengkapkan dan menjadikan projek ini satu realiti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf-zahir & batin

Abdul Rahman Abd Jalil (Pengurus Rskkids)

Menjelang Syawal

Persiapan detik terakhir adalah elemen kebersamaan raya yang dirindui. Menunggu pengumuman raya di kaca tv dengan penuh debaran. Jika hari raya diumumkan keesokkan harinya maka kelam kabutlah warga serumah mengemas dan menghias rumah. Bermain bunga api bersama rakan saat yang amat dinanti si kecil di malam hari raya. Tidur bersama sanak saudara adalah memori indah yang sukar dilupakan.

Persediaan Juadah Aidilfitri (Rewang)

Juadah Aidilfitri ialah satu proses yang memerlukan kebersamaan dalam penyediaannya. Rendang, Ketupat, Dodol, Serunding, Lemang, kuih raya dan pelbagai juadah tradisi raya dibuat bersama.

Definisi : (réwang) gotong-royong sebagai per­siapan menjayakan sesuatu majlis – Kamus Dewan

Pagi 1 Syawal

Si kecil bangun awal, berpakaian tradisi baju melayu/kurung lengkap, bersiap sedia untuk sesi bermaafan dan pemberian duit raya. Tidak dilupa sesi bergambar bersama ahli keluarga yang lain. Takbir berkumandang dan tiba masanya untuk Solat sunat hari raya. Dikuti dengan budaya kunjung mengunjung sambil menikmati juadah hari raya yang disediakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin dari kami Warga Rskkids

Published by Admin Ray

Manager & Co Founder of Deluqies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: