“Apa yang membezakan RskGames kali ini berbanding RskGames terdahulu ialah sambutan luar biasa Ibubapa Rsk!” kata Puan Juli Suriani Abd Jalil selaku Pengetua Rsk ketika ditanya berkenaan sambutan RskGames kali ini.
“Pihak pengurusan dan penganjuran RskGames yang diketuai oleh Pengurus Standard & Performance Rskkids, Encik Abdul Rahman telah membuat sedikit perubahan format pemarkahan kali ini’ jelas Puan Juli lagi.
“Tahun ini format kami akan tukar sedikit untuk penambahbaikan. Sukan kali ini ada dua bahagian pemarkahan. Bahagian A menekankan aspek kerjasama, semangat kesukanan, perbarisan, sorakkan, hiasan dan sebagainya. Bahagian A menyumbang 150 mata.
Bahagian B pula ialah pemarkahan bahagian acara sukan yang menyumbang 250 mata. Sebanyak 10 acara telah diaturkan untuk si kecil dan Ibubapa” jelas En Abdul Rahman.

“Kami mahu mengetengahkan antara elemen penting sukan iaitu aspek persediaan, pembahagian peserta, sokongan, semangat kesukanan, dorangan dan kerjasama. Pihak pengurusan telah memaklumkan kepada tenaga pengajar mengenai format baru ini beberapa bulan sebelum sukan bagi mereka membuat persediaan. Alhamdulillah…Jelas sekali format baru ini memberikan impak luar biasa. Ibubapa bekerjasama dengan guru membuat persediaan…merancang strategi sokongan, membuat banner dan banyak lagi inisiatif lain. Ada pasukan yang menubuhkan group Whatsapp mereka sendiri untuk berbincang sesama mereka ” jelas Encik Abdul Rahman lagi.
RskGames 2016 menyaksikan juara bertahan, Rumah Kuning mengekalkan kejuaraan pada kali ini.
Uniknya upacara penutup RskGames kali ini ialah acara penutupnya yang agak sedikit berbeza. Ibubapa cemerlang Rskkids telah diminta oleh pihak pengurusan Rsk untuk turun ke gelanggang utama dengan turut berada dibelakang si kecil masing-masing ketika keputusan kejuaraan diumumkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Ibubapa cemerlang Rsk, guru-guru Rsk dan semua pihak dalam menjayakan temasya sukan tahunan RsK pada kali ini.


ENGLISH VERSION
“What distinguishes RskGames this time, compared to previous RskGames is overwhelming support from Rsk parents!” said Mrs. Juli Suriani Abdul Jalil as the principal of Rsk when asked about RskGames this time.
“The management of Rsk led by Standard & Performance Rskkids Manager, Mr. Abdul Rahman has made a few changes in terms of our scoring format”
“This year we made a little bit of improvement. This time, we have two parts of the scoring. Part A emphasizes on teamwork, sportsmanship, parade, cheering, decorations and so on. Part A, contributing 150 points.
Part B is scoring on sporting events that contributed 250 points. A total of 10 events have been arranged for the little ones ” Mrs. Juli further explained.
“We want to highlight an important element of sports such as preparation, training, distribution of participants for sports items, support, sportsmanship, support and teamwork. The management has informed the teachers about this new format prior to this event. Alhamdulillah … clearly this new format provide a tremendous impact. Parents work together with teachers to prepare … to plan on support strategies, making banners and many other initiatives. There is even a team that set up their own Whatsapp group to discuss among themselves, ” said Mr. Abdul Rahman.
RskGames 2016 saw the defending champions, the Yellow Team to retain the championship title at this time.
Another unique points for RskGames this year is our closing ceremony. Rskkids parents were asked by emcee to get down to the main court floor to stand behind their kids when the championship decision was announced.
Congratulations to all Rsk Parents, Rsk educators and all parties that contributing in ensuring the success of the RsK annual sports this time.